Sunday, May 27, 2012

Komik Pendek Pertama!! (T,T)


Assalamualaikum semua..

Fuh, aku rasa dah lama aku tak update blog ni (Tak payah nak rasa-rasa la, memang ko dah lama tak update pon). Hahaha...erk? LOL. Yelah-yelah, aku salah sebab tak update. Tapi kali ni aku nak cerita apa ek kat korang semua?

Hmm..ha, baru-baru ni aku ade buat satu komik yang pendek je. Dalam dua muka surat macam tu la, aku fikir tak jadi tapi bila aku tengok semula macam cantik la pulak dan aku pun dengan ringan tangannya meneruskan pembuatan komik pendek tersebut dan akhirnya. (T,T) hasilnya korang tengok la kat bawah ni ye. Huhu..


So, macam mana? Ok tak? hehehe...aku harap ini sebagai permulaan aku untuk terus menceburi bidang seni macam ni. Walaupun aku belajar kat Universiti ambik kos lain (T,T) wuuuwuuu....Tapi, bakat tak mangenal siapa..kan?kan?haha...



Thursday, May 17, 2012

Art This Week #10


Sunday, May 6, 2012

Art This Week #9





Friday, April 13, 2012

Warkah Buat 'Assignment'ku


Warkah buat Assignment.

Ke hadapan assignmentku yang amat kuingati, semoga kau berada dalam keadaan yang baik dan sihat di sana. Aku di sini ingin memohon jutaan kemaafan kerana telah membuatkan kau semakin jauh dariku. Aku sedar, semua ini salahku kerana melupakanmu wahai assignment kesayanganku.
 
Kini aku telah sedar, dan aku ingin membaiki semula hubungan antara kita berdua. Aku harap kau tunggu aku di sana kerana aku akan kembali kepadamu nanti dan aku harap kita bersama-sama menyiapkan segala yang sudah tertangguh selama ini.

Akhir kata, terimalah salam maaf dariku buat dirimu.

ASSIGNMENTKU...


Thursday, April 12, 2012

Art This Week #8






Friday, March 30, 2012

Tercipta Untukku 'Ungu' Versi KIDAL (Korang pernah Tengok?)

Assalamualaikum kawan-kawan semua,

Haa...aku nak tanya korang semua, pernah tak korang tengok orang 'KIDAL' main gitar? Of course la pernah kan? Macam Man Kidal tu...
Tapi korang pernah tak tengok orang 'kidal' ni main gitar tanpa menukar setting tali gitar tu? maknanya keadaan tu terbalik.

Kalau orang Kanan biasa main gitar tali atas tu mesti yang tebal kan? Haa...jadii..yang kiri ni main terbalik pulak. Tali gitar yang nipis berada di atas. Cuba korang bayangkan macam mana nak setting jari tu nak tekan fret gitar tu. Hahaha...video kat bawah ni dah buktikan yang orang 'kidal' pun boleh main gitar macam orang biasa.


video
sory..kualiti bunyi xbegitu elok..:P

Haa...caye tak? Aku main gitar terbalik. Hahaha..jangan dengar suara. (sebab memang xsedap pon suara tu) hahaha.

Thursday, March 29, 2012

Bila Aku Bermonolog #7

Phoenix : weh, Naim. Ko pergi mana dua tiga hari ni? Sokmo takde dalam bilik.

Naim : Aku berlatih debat la Phoenix.

Phoenix : Oooo, kenapa? Ko ade pertandingan ke?

Naim : Ha ah, cuma aku sorang je laki dalam team aku. Adoii.

Phoenix : Alaaa..relax la Naim. Biasalah tu. Hahaha..

Naim : Ko gelak pulak, aku ni dah la pening memikir fakta-fakta yang aku nak ingat. Susah jugak berdebat ni Phoenix ooii.

Phoenix : Takpe, yang penting aku doakan ko berjayalah ye Naim. Walaupun ko pendebat baru, belajar menerima kekalahan sebelum menjulang kemenangan.

Naim : ^_^

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...